Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Rupa-rupanya lebih 100 bayi dibuang setiap tahun di Malaysia

Rupa-rupanya lebih 100 bayi dibuang setiap tahun di Malaysia

INSIDEN bayi yang baru lahir dibuang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan orang ramai turut melahirkan rasa marah terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusian itu.

Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan lebih daripada 100 orang bayi dibuang setiap tahun di Malaysia.

Menurut laporan, ia berkait rapat dengan purata 4,500 gadis belasan tahun di Malaysia hamil luar nikah setiap tahun bersamaan 12 orang sehari. Satu angka yang benar-benar menakutkan kita.

Kebanyakan bayi itu dibuang di dalam timbunan sampah dengan 60 peratus daripadanya mungkin sudah tidak bernyawa lagi apabila dijumpai kerana disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang atau terbakar sehingga tidak dapat dikenali.

Ada juga yang bernasib baik dan diselamatkan serta mendapat peluang untuk hidup.

Betapa tidak berhati perut si ibu yang sanggup membuang bayinya sedangkan ada pilihan untuk menyerahkan bayi mereka sebagai anak angkat?

Isu pembuangan bayi pada zaman moden ini dikatakan sukar diselesaikan sepenuhnya memandangkan ia adalah masalah sosial yang berkait rapat dengan pelbagai faktor berkait.

Antaranya, pertambahan jumlah penduduk, penghijrahan belia dari desa ke bandar besar, longgarnya ikatan kekeluargaan dan pegangan agama dan bermacam-macam lagi.

Walaupun ia sesuatu yang menyayat hati dan dianggap tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Ia melambangkan si pelaku seolah-olah tidak ada akal dan perasaan apatah lagi sifat kasih sayang. voice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks