Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes Empat cawangan Bubblebee tutup sementara

Empat cawangan Bubblebee tutup sementara

PENGELUAR produk minuman BubbleBee menamatkan kerjasama dengan semua rakan usahasama yang disiasat pihak berkuasa berhubung kegiatan yang menjejaskan reputasi syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, penamatan kerjasama itu berkuatkuasa serta-merta membabitkan empat cawangan Bubblebee di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang.

Bubblebee mempunyai 17 cawangan di seluruh negara dan dari jumlah itu, 11 cawangan adalah milik penuh Bubblebee manakala enam lagi dibuka secara usahasama.

“Baru-baru ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat pihak berkuasa. Perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.

Ismail berkata, walaupun tidak pasti kedudukan sebenar rakan usahasama ini bersalah atau tidak kerana kes ini masih dalam siasatan, ia tetap memberi kesan kepada jenama Bubblebee.

“Yang jelas, siasatan ke atas

rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.

“Sehubungan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan semua rakan yang menguruskan empat cawangan Bubblebee itu,” katanya.

Ismail berkata, empat cawangan itu ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah yang ditubuhkan sejak 2019 ini menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah dan pemasaran.

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks