Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Mayat berbungkus ditemui di tepi lebuh raya

Mayat berbungkus ditemui di tepi lebuh raya

RAWANG: Mayat yang telah dibungkus dengan plastik telah ditemui di tepi Lebuhraya Rawang–Serendah, Selangor petang tadi.

Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang sedang berjoging melalui lebuh raya berkenaan pada kira kira jam 2 petang.
Curiga dengan bungkusan berkenaan, saksi bertindak menghubungi pihak polis.

Pasukan forensik Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K-9) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal mendapati keadaan mayat sudah mula mereput dan seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Proses pengendalian mayat turut dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) .

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat, agar menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak.

– Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks