Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 298 sekolah di PJ, Shah Alam, Subang Jaya diarah tutup mulai hari...

298 sekolah di PJ, Shah Alam, Subang Jaya diarah tutup mulai hari ini

Susulan gelombang baru Covid-19 semua sekolah di zon merah daerah Petaling, Selangor akan ditutup bermula hari ini hingga 25 Okt.

Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media semalam.

Untuk rekod, Petaling merangkumi Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.

“Selaras dengan perutusan khas perdana menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.

“Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM,” katanya.

Jelas KPM, ibu bapa, penjaga dan warga sekolah boleh menyemak kemas kini senarai sekolah yang terlibat dengan penutupan itu di portal KPM di www.moe.gov.my serta di platform media sosial rasmi KPM.

Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup, kata KPM.

Ibu bapa atau penjaga juga disarankan mengambil anak mereka yang tinggal di asrama untuk pulang.

Bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama dengan keperluan makan dan minum mereka akan disediakan oleh pihak sekolah.

“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my,” kata kenyataan itu lagi.

Berikut merupakan sekolah yang terlibat dengan penutupan di zon merah daerah Petaling:

Malaysia hari ini melaporkan 561 kes Covid-19 baru, yang merupakan kedua tertinggi sepanjang wabak berkenaan melanda negara.

Kes harian tertinggi adalah pada enam hari lalu, iaitu pada 6 Oktober dengan 691 kes.

Jumlah kes baru hari ini terdiri daripada 553 kes penularan tempatan dengan Sabah menyumbang 488 kes; Selangor 25; Kedah 16; Kuala Lumpur 8; Labuan 5; Johor, Melaka dan Terengganu masing-masing 3 kes; serta Pulau Pinang dan Perak masing-masing satu kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks