Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Sediakan dana bendung isu masalah mental akibat Covid-19: Anwar

Sediakan dana bendung isu masalah mental akibat Covid-19: Anwar

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perlu memperuntukkan dana yang munasabah bagi membendung isu masalah kesihatan mental yang dihadapi rakyat susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut Anwar, kesihatan mental adalah antara lapangan yang amat kurang diberi tumpuan dan juga pendanaan awam.

Malah, kata beliau, dapatan terkini menunjukkan sebanyak 44 peratus warga Malaysia terkesan dengan masalah kesihatan mental sejak awal penularan pandemik tersebut.

“Kesan pandemik Covid-19 amat besar dan ia meningkatkan kegelisahan, tekanan dan kesunyian dalam kalangan warga yang terpaksa melalui fasa pengurungan dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk apabila ada yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan harian dan kanak-kanak juga terdedah dengan gangguan mental akibat daripada sekolah-sekolah yang ditutup, perhubungan yang terhad dengan aktiviti ko-kurikulum serta masa bersama rakan turut terkesan.

“Ada juga sebilangan warga yang terpaksa berdepan dengan gejala penderaan di rumah dan tekanan akibat terkurung,” katanya dalam satu kenyataan akhbar sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di sini hari ini.

Justeru, katanya, kepentingan aspek kesihatan mental tidak boleh dikesampingkan, apatah lagi dalam suasana pandemik Covid-19 ketika ini.

“Dalam situasi ekonomi yang meruncing masa kini, kerajaan seharusnya bekerja untuk memastikan pendanaan yang cukup mesti diperuntukkan dalam mendokong mereka yang terkesan dengan masalah mental termasuk petugas barisan hadapan.

“Jangan kita pinggirkan mereka yang terdedah dengan gejala itu dan stigma mesti ditangani sebaiknya. Mereka tidak harus berasa sunyi,” katanya.

Selain itu, kata Anwar, semangat kebersamaan juga perlu ditingkatkan dalam mendokong antara satu dengan yang lain dalam suasana krisis pada hari ini.

 

– Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks