Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Jemaah positif Covid-19, masjid ditutup

Jemaah positif Covid-19, masjid ditutup

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang bermula 8 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tindakan ini dilaksanakan berikutan seorang jemaah yang hadir solat Jumaat didapati positif Covid-19 pada 2 Oktober lalu.

“Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari tersebut adalah seramai 1,310 orang jemaah.

“Pihak JAIS menyeru kepada para jemaah yang telah hadir solat Jumaat pada 2 Oktober 2020 di masjid tersebut untuk tampil dan segera melakukan saringan di Klinik Kesihatan yang berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kawalan kendiri di rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, situasi ini juga akan dibincangkan dengan terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian dan Pengawasan SOP Masjid dan Surau untuk keputusan selanjutnya mengenai kedudukan masjid ini dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, pihak JAIS hanya membenarkan tiga orang petugas daripada kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk mengumandangkan azan dan melaksanakan solat fardu.

“Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi telah dilaksanakan oleh pihak pentadbir masjid pada hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks