Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 7 warga asing larikan diri dari pusat tahanan

7 warga asing larikan diri dari pusat tahanan

TAHANAN yang melarikan diri dari PTS Tawau, awal pagi tadi. FOTO Ihsan PDRM
Tawau: Polis giat memburu tujuh lelaki warga asing yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, sekumpulan 14 tahanan yang ditempatkan di sebuah blok di pusat tahanan itu dikatakan memancat pagar sebelum meloloskan diri.

Bagaimanapun tujuh suspek berjaya ditahan semula oleh anggota dan pengawal bertugas di PTS terbabit sebelum laporan polis pada 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati semua tahanan warga Filipina dan Indonesia berusia antara 29 hingga 42 tahun itu ditempatkan di satu blok kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 diperolehi.

“Ketika kejadian pengadu yang sedang bertugas sebagai penyelia terdengar suara anggota menjerit meminta tolong apabila mendapati dua tahanan sedang memanjat pagar belakang blok berkenaan.

“Sepasukan anggota dan pengawal PTS kemudiannya melancarkan operasi memburu dan mengesan semua suspek sebelum berjaya menahan semula tujuh daripada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, semua suspek adalah tahanan yang menunggu giliran untuk dihantar pulang ke negara asal masing masing.

Peter berkata, susulan itu pihaknya melancarkan operasi khas ‘Ops Tutup’ iaitu melakukan sekatan jalan raya di lokasi strategik bagi mengesan semua suspek terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketujuh-tujuh suspek terbabit diminta tampil ke balai polis berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari pusat tahanan yang sah,” katanya.

 

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks