Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Cik Non dah beri keterangan di Bukit Aman

Cik Non dah beri keterangan di Bukit Aman

Kuala Lumpur: Pengasas produk kecantikan menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahadah Aisyah atau Cik Non memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini, berhubung kenyataan menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, wanita itu tiba di Bukit Aman petang tadi selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

“Pegawai penyiasat sudah merakam keterangan wanita itu hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi Harian Metro tadi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Cik Non susulan kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya didakwa menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar diri mereka ‘bodoh’ dan rakyat Sabah miskin selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

Cik Non pernah mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka.

 

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks