Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara K'jaan Johor setuju bayar pampasan RM5.2 juta pada masyarakat Orang Laut Seletar

K’jaan Johor setuju bayar pampasan RM5.2 juta pada masyarakat Orang Laut Seletar

Kerajaan negeri Johor dan Orang Laut Seletar di Stulang Laut tulang Laut mencapai persetujuan dengan kerajaan akan membayar RM5.2 juta sebagai pampasan untuk tanah nenek moyang penduduk kampung berkenaan.

Jumlah ini lebih tinggi berbanding RM255,000 yang mula-mula ditawarkan oleh kerajaan negeri pada 2018, yang kemudian berjumlah RM5,000 untuk setiap 51 keluarga yang terjejas.

Tanah tersebut bernilai RM23 juta pada 2005.

Sebagai tambahan kepada pampasan wang, peguam penduduk kampung itu, Tan Poh Lai berkata, tanah yang kini diduduki oleh komuniti berkenaan akan diwartakan sebagai perkampungan Orang Asli.

Peguam itu menyifatkan penyelesaian berkenaan sebagai “kemenangan besar” bagi masyarakat Orang Asli.

“Ini adalah pengakuan bahawa tanah dari mana mereka pindah memang merupakan tanah adat Orang Asli.

“”Tanah mereka sekarang di mana mereka tinggal (Kampung Kuala Masai) akan diwartakan kembali sebagai penempatan Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954 yang akan menjamin hak milik.

“Keputusan ini adalah satu dorongan untuk semua Orang Asli di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang Laut Seletar adalah antara 18 suku Orang Asli di Malaysia.

Pada tahun 1993, komuniti Orang Laut Seletar di Stulang Laut, Johor Bahru, dipindahkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Tanah yang mereka tinggali kini menempatkan pusat membeli-belah yang dikenali sebagai The Zon.

Khalip Bachik mewakili masyarakat itu dalam mengajukan tuntutan terhadap kerajaan Johor dan memenangi keputusan pengadilan Mahkamah Tinggi pada 2010, dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2012.

Tan sebelumnya telah menjelaskan bahawa mahkamah memutuskan Orang Asli memiliki hak adat ke atas tanah itu, justeru pemindahan paksa mereka sama dengan pemerolehan menurut prinsip-prinsip Akta Pengambilan Tanah.

Bagaimanapun, sehingga hari ini kes tersebut terus berlangsung di mahkamah walaupun terdapat jaminan kerajaan untuk penyelesaian yang lancar.

– malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks