Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 'Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula' - Adun Ayer Limau

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sejurus pulang dari Sabah pada Sabtu lalu adalah negatif.

Namun, beliau berkata, empat hari selepas itu (semalam), pihak PKD Alor Gajah menghubunginya dan memaklumkan ujian itu positif pula.

“Selepas dimaklumkan negatif oleh PKD Alor Gajah, saya diminta hadir memotong gelang merah jambu pada Selasa lalu. Tiba-tiba semalam, saya dimaklumkan ujian positif pula, walhal saya sudah melakukan beberapa urusan peribadi dan pejabat yang tertangguh.

“Apa pun, pihak PKD Alor Gajah sudah mengaku kesilapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara lokasi yang dikunjungi Amiruddin semalam ialah Kompleks Seri Negeri, di sini, bagi menjalankan beberapa urusan kerja selain berada kafe kompleks berkenaan.

Susulan itu, pusat pentadbiran kerajaan negeri itu ditutup serta-merta bagi membolehkan kerja sanitasi dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, sepasukan anggota kesihatan ke kediamannya petang semalam dan membawanya ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Semalam jam 4.30 petang pasukan perubatan datang ke rumah dan membawa saya ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Susulan itu, isteri dan anak saya juga melakukan ‘swab test’ dan menunggu keputusan selain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah,” katanya.

Amirudin berkata, dua anaknya yang dijadual mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), minggu ini juga terpaksa ditangguhkan.

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks