Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Solleh Jaafar, 33, mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh dipenjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Sept lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin di sini pada 10.10 pagi 28 Sept lepas mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketika ditanya mengapa dia melakukan kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja memaklumkan mahkamah bahawa dia lapar.

Mohamad Aizat : Kalau kamu lapar, minta cara baik, ini ceroboh bilik kawalan. Bilik kawalan itu bukan kedai makan. Macam mana kamu tahu ada makanan di situ, kamu kerja di situ ke?

Ahmad Solleh : Ada makanan… saya tak kerja di situ.

Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun Ahmad Solleh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan kepada mahkamah.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks