Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Gaya Hidup Kesihatan Angka korban COVID-19 global jangkaui 1 juta

Angka korban COVID-19 global jangkaui 1 juta

PARIS: Angka kematian global akibat pandemik COVID-19 yang mula dikesan di China kurang setahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia kini melepasi satu juta pada Ahad (27 Sep).

Pandemik itu sudah memusnahkan ekonomi global, meningkatkan ketegangan geopolitik dan menjejas kehidupan penduduk sedunia.

Berdasarkan perkiraan AFP daripada sumber rasmi, setakat ini COVID-19 mengorbankan seramai 1,000,009 mangsa daripada 33,018,877 kes jangkitan yang direkodkan.

Amerika Syarikat (AS) merekodkan angka korban tertinggi dengan lebih 200,000 kes, diikuti Brazil, India, Mexico dan Britain.

Sedang para saintis giat menghasilkan vaksin, pemerintah sedunia tidak putus-putus berusaha untuk mengekang penularan virus tersebut. Walaupun usaha itu berjaya memperlahankan penyebaran, ia tetap menjejas ekonomi dunia.

Eropah yang dilanda gelombang pertama, kini menghadapi lonjakan semula kes dengan Paris, London dan Madrid terpaksa memperkenalkan kawalan lebih ketat untuk memperlahankan penularan virus itu yang mengancam melumpuhkan hospital-hospital.

Pelitup muka dan jarak selamat di kedai-kedai, kafe dan pengangkutan awam kini merupakan sebahagian daripada norma baru di kebanyakan bandar.

Pada pertengahan September lalu, peningkatan kes dapat disaksikan di kebanyakan negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran angka korban boleh meningkat kepada dua juta jika tiada tindakan secara kolektif di peringkat global.

“Satu juta adalah jumlah yang mengerikan dan kita perlu memikirkannya sebelum kita mula mempertimbangkan satu juta lagi,” kata pengarah kecemasan WHO, Encik Michael Ryan kepada wartawan pada Jumaat.

“Adakah kita bersedia secara kolektif untuk melakukan apa yang diperlukan bagi mengelakkan jumlah itu?,” tanya Encik Ryan.

Virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 mula dikesan di bandar Wuhan yang menjadi pusat wabak.

Sehingga kini belum dapat disahkan bagaimana ia bermula tetapi para saintis berpendapat ia berasal daripada kelawar dan berkemungkinan menjangkiti manusia menerusi mamalia lain.

Wuhan ditutup pada Januari ketika negara lain tidak yakin dengan kawalan ketat oleh China dan menjelang 11 Mac, virus itu dikesan di lebih 100 negara.

– AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks