Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin, Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya...

Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin, Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut, Kata Nazri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi jika hanya ia membawa kepada pilihan raya mengejut.

Timbul persoalan mengenai nasib kerajaan dipimpin Perikatan Nasional (PN) selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Ditambah pula pengakuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, ada dalam kalangan ahli Parlimennya dan Barisan Nasional menyokong Anwar dan parti itu tidak akan menghalang mereka berbuat demikian.

“Saya menyokong pendirian Zahid untuk tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen Umno menyokong Anwar. Kerajaan hari ini adalah kerajaan MP (ahli Parlimen),” katanya kepada FMT.

Nazri turut mengulangi kenyataan Zahid sebelum ini, Umno tidak mahu menjadi sebahagian daripada PN dan hanya mahu bekerjasama dengan PAS memetik FMT.

“Zahid betul kerana ramai dalam Umno tidak senang dengan Muhyiddin dan PPBM mengenai cara Umno dilayan,” katanya.

Nazri menuduh PPBM melihat Umno tidak relevan, dengan memberi contoh parti itu menamakan Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor sebagai calon ketua menteri tanpa terlebih dahulu berunding dengan Zahid.

“Mereka senang-senang saja mengumumkan Hajiji calon tanpa berunding dengan kami. Mereka kata kami tak relevan, kami tak dominan. Okay, kita lihat apakah itu berlaku dalam pilihan raya.

“Jika menarik balik sokongan saya terhadap Muhyiddin bermakna pilihan raya akan diadakan, maka saya akan melakukannya,” kata veteran Umno itu.

Beliau turut meminta supaya perubahan kerajaan dilakukan melalui proses sewajarnya di Dewan Rakyat dan bukan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

– FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks