Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat kini koma tetapi stabil - Polis

Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat kini koma tetapi stabil – Polis

BUKIT MERTAJAM: Polis memaklumkan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, mangsa keracunan karbon monoksida sewaktu tertidur di dalam sebuah kereta ketika berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth 17 September lepas berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata Nor Aqilah diletakkan dalam keadaan koma kerana sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil, dan pihak polis dimaklumkan dia sekarang ini dikomakan kerana sedang menjalani rawatan daripada pasukan perubatan di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian pada 17 September lepas, tiga daripada empat pelajar kolej yang sedang menunggu hari konvokesyen mereka maut selepas terhidu gas karbon monoksida setelah tertidur di dalam kereta.

Tiga mangsa yang maut ialah Sharifah Farisha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan, masing-masing berusia 21 tahun.

Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan.

Kesemua mangsa dipercayai singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia.

– Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks