Friday, October 2, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Muka pesalah rasuah Malaysia kini `ditayang' satu dunia

Muka pesalah rasuah Malaysia kini `ditayang’ satu dunia

PANGKALAN Data Pesalah Rasuah SPRM yang mendedahkan gambar, nama dan maklumat berkaitan kesalahan rasuah dilakukan di negara ini.

 

Kuala Lumpur: Gambar wajah dan nama anda akan didedahkan kepada satu ‘dunia’ jika terbabit dengan jenayah rasuah.

Langkah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini pastinya akan membuat orang ramai berfikir dua kali untuk melakukannya apabila Pangkalan Data Pesalah Rasuah boleh dilayari sesiapa sahaja di portal rasmi SPRM.

Jurucakap SPRM berkata, objektif utama inisiatif ini bertujuan menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa SPRM mengisytiharkan ‘perang’ terhadap rasuah.

“Pangkalan data ini berkhidmat sebagai alat kesedaran yang penting bagi membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.

“Pangkalan data ini juga memainkan peranan sebagai alat pengajaran bagi mencegah orang lain daripada melakukan perbuatan rasuah selain bertindak sebagai faktor yang memberi keinsafan terhadap mereka yang disabitkan dengan kesalahan rasuah.

“Ini kerana maklumat mengenai mereka dan kesalahan dilakukan akan dipaparkan dan boleh diakses oleh orang awam selama tempoh tiga tahun bermula dari tarikh ia mula dipaparkan di laman sesawang SPRM,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata, Pangkalan Data Pesalah Rasuah dibangunkan itu boleh digunakan bagi menyemak latar belakang bakal pekerja, rakan kongsi atau sesiapa sahaja yang disyaki terbabit dengan jenayah.

Menurutnya, gambar pesalah yang disabitkan bersalah oleh mahkamah akan dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Pesalah Rasuah itu.

Sementara itu Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, inisiatif SPRM menyediakan pangkalan data pesalah rasuah di laman sesawang SPRM sebagai langkah baik dan perlu diteruskan.

Menurutnya, pangkalan data ini beroperasi sebagai satu rujukan masyarakat terutamanya dalam membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian.

“Bagi MCW, kaedah ini menunjukkan sikap serius pihak SPRM dalam memastikan rasuah diperangi habis-habisan bagi memastikan Malaysia bebas dari rasuah.

“Pangkalan data ini perlu sentiasa dikemas kini supaya masyarakat dapat mengenali dan berhati-hati dengan pesalah rasuah.

“Malah ia adalah pengajaran penting kepada setiap individu untuk menjauhi rasuah yang sekarang ini adalah musuh nombor 1 di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, kaedah yang dimulakan SPRM sejak tahun 2010 dahulu penting bagi menunjukkan SPRM tidak mengamalkan pilih kasih tanpa mengira batas politik atau ras.

“MCW menggalakkan seluruh lapisan masyarakat untuk sentiasa masuk ke pautan itu bagi mendapat maklumat yang terkini demi memerangi rasuah di negara ini,” katanya.

 

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

K’jaan Johor setuju bayar pampasan RM5.2 juta pada masyarakat Orang Laut Seletar

Kerajaan negeri Johor dan Orang Laut Seletar di Stulang Laut tulang Laut mencapai persetujuan dengan kerajaan akan membayar RM5.2 juta sebagai pampasan untuk tanah...

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks