Friday, October 2, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Tujuh lelaki ditahan bergaduh libatkan senjata di PJS - Polis

Tujuh lelaki ditahan bergaduh libatkan senjata di PJS – Polis

Tujuh lelaki tempatan yang disyaki terlibat pergaduhan melibatkan senjata di Jalan PJS 10/11, Petaling Jaya semalam, ditahan polis.

Kesemua suspek berumur lingkungan antara 36 hingga 46 tahun ditahan pada hari sama, dan cuba melarikan diri sejurus ketibaan pihak berkuasa kira-kira 5.40 petang di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima makluman orang awam berikutan kejadian pergaduhan bersenjatakan kayu.

Setibanya di lokasi beliau berkata, kesemua suspek terkejut dengan kehadiran polis dan cuba melarikan diri, namun tiga daripada mereka ditahan.

“Polis kemudiannya mengadakan satu lagi tangkapan di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Petaling Jaya pada kira-kira 11.30 malam tadi dan empat individu lagi ditahan disyaki terlibat dengan pergaduhan berkenaan.

“Menerusi siasatan awal ke atas suspek, turut membawa kepada penemuan senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan berkenaan. Senjata tersebut didapati telah dibuang di kawasan longgokan sampah di sebuah kuil di Petaling Jaya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Ezanee berkata, polis turut merampas sebatang kayu, kayu golf dan satu botol kaca dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu, serta baju t-shirt dengan kesan tompokan darah.

Beliau berkata, menerusi semakan rekod jenayah turut mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod membabitkan jenayah, serta penyalahgunaan dadah.

Nik Ezanee turut memaklumkan suspek direman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, kerana merusuh dan pihak polis juga sedang mengesan suspek lain yang berkemungkinan terlibat insiden sama.

– Bernama

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

K’jaan Johor setuju bayar pampasan RM5.2 juta pada masyarakat Orang Laut Seletar

Kerajaan negeri Johor dan Orang Laut Seletar di Stulang Laut tulang Laut mencapai persetujuan dengan kerajaan akan membayar RM5.2 juta sebagai pampasan untuk tanah...

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks