Friday, October 2, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Maut dirempuh tayar treler tercabut

Maut dirempuh tayar treler tercabut

KUANTAN:  Seorang mekanik maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tayar belakang sebuah treler muatan balak yang tercabut, di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut di Maran dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 1.50 tengah hari dan mangsa yang maut ialah Mohamad Zazmi Mohd Zahari, 22, dari Felda Mawar Jengka 10, Maran.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal Yamaha 135LC menghala ke arah Jerantut, apabila tayar treler yang berada di laluan bertentangan tercabut dan bergolek ke arah mangsa.

“Mangsa dikatakan tidak dapat mengelak kerana tayar itu berada terlalu hampir, sehingga menyebabkan motosikalnya terjatuh ke tebing jalan sebelah kanan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kemalangan menyebabkan motosikal mangsa rosak teruk pada bahagian hadapan, manakala pemandu treler yang berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

K’jaan Johor setuju bayar pampasan RM5.2 juta pada masyarakat Orang Laut Seletar

Kerajaan negeri Johor dan Orang Laut Seletar di Stulang Laut tulang Laut mencapai persetujuan dengan kerajaan akan membayar RM5.2 juta sebagai pampasan untuk tanah...

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks