Wednesday, November 25, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Saya berkhidmat untuk rakyat M'sia, bukan hanya Melayu - Saddiq

Saya berkhidmat untuk rakyat M’sia, bukan hanya Melayu – Saddiq

Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab kritikan bekas mentornya Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwanya memecahkan undi orang Melayu melalui sebuah parti politik berasaskan anak muda.

Ketika ditemui di Kota Kinabalu semalam, Syed Saddiq berkata dia menghormati Mahathir tetapi tugasnya kini adalah menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Saya bukan di sini (dalam politik) untuk hanya menjadi hamba orang Melayu. Saya di sini untuk menjadi hamba bagi semua rakyat Malaysia. Saya bukan di sini hanya untuk menyatukan orang Melayu, tetapi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Saya sangat menghormati (Mahathir). Sebagai orang muda, dengan harapan dan sangat idealis, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian di Malaysia adalah kekuatan kita.

“Sementara dia bercakap mengenai memecahkan undi orang Melayu, kita (sebaliknya) harus menyatukan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Syed Saddiq kini sedang mengadakan lawatan ke Sabah untuk bertemu anak-anak muda dan berkempen untuk gabungan Warisan Plus.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mahathir juga mengkritik idea Syed Saddiq mengenai parti yang berasaskan golongan muda kerana akan meminggirkan “orang lama”.

Syed Saddiq bagaimanapun berkata parti baru itu akan “dipimpin oleh ganak muda” dan tidak “eksklusif untuk golongan muda”.

Pada masa katanya, parti itu akan terus berjuang untuk semua rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

– malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA

Padang Besar: Sindiket penyeludupan dipercayai menjadi dalang serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini,...

Trump hampir akui kekalahan

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hampir mengakui kekalahan dalam pilihan raya Presiden selepas agensi kerajaan yang bertanggungjawab melicinkan proses peralihan kuasa Joe Biden ke Rumah...

MENINGGAL SEBELUM SEMPAT JUMPA ISTERI, ANAK-ANAK

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang isteri yang terkandas lebih lapan bulan di Singapura untuk bertemu dengan suaminya di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal...

Jangan perlekeh kuasa 7.6 juta ahli aktif KWSP Artikel Penuh

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ahli Majlis Tertinggi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks