Thursday, October 29, 2020
No menu items!
Home Sukan Pemotoran Anak murid 'ajar' sifu Rossi

Anak murid ‘ajar’ sifu Rossi

Rossi mengekori dua bekas pelajarnya itu sehingga ke pusingan terakhir, namun sedikit kesilapan di saat akhir menyaksikan dirinya dipintas pelumba Team SUZUKI ECSTAR, Joan Mir dan terpaksa melupakan penamat di pentas podium yang dimenangi Morbidelli daripada pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT).

Lebih menarik, persaingan antara bos dan anak didik ini berlaku di litar Misano – trek yang penuh memori buat Rossi – dimenangi Morbidelli, kemenangan sulungnya selepas menyertai saingan kelas perdana itu pada 2018.

“Saya tidak tahu bagaimana perasaan saya ketika ini,” kata Morbidelli sejurus selepas perlumbaan.

“Tentunya ia satu perasaan yang baik, saya gembira dan menikmatinya ketika ini. Apa yang boleh dikatakan pada masa ini, terima kasih kepada pasukan, pihak yang bekerjasama dan membantu saya.

“Pada pusingan terakhir, banyak yang difikirkan, saya memikirkan mengenai detik manis lebih kurang tujuh tahun lalu, ketika berlumba di Kejuaraan Superstock Itali yang saya memenanginya.

“Perasaan itu hampir sama, tetapi untuk kali ini ia lebih lagi. Saya sangat gembira buat masa ini dan terima kasih kepada semua.”

Morbidelli melengkapkan 27 pusingan perlumbaan dengan catatan 42 minit 02.272 saat, manakala Bagnaia yang bersama pasukan Pramac Racing ketinggalan 2.217s untuk berada di tempat kedua.

Pelumba Team SUZUKI ECSTAR, Mir melengkapkan pentas podium di tempat ketiga dengan catatan, 42’04.562s manakala Rossi hanya 0.073s di belakangnya.

Rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo mengalami nasib malang apabila tidak menamatkan perlumbaan selepas dua kali terjatuh pada perlumbaan itu sekali gus menyaksikan status pendahulu keseluruhan dipegangnya sebelum ini jatuh ke tangan Andrea Dovizioso.

Dovizioso yang bersama pasukan Ducati Team kini mendahului carta pelumba kelas perdana itu dengan 76 mata, enam mata mendahului Quartararo sebelum saingan sekali lagi berlangsung di litar sama minggu depan. Morbidelli pula berada di tangga ketujuh dengan 57 mata.

– BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Najib cadang kerjasama bersyarat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masih tidak berpuas hati dengan layanan diterima...

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada...

Jemaah Menteri bincang lebih lanjut titah Agong – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di-Pertuan Agong...

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks