Tuesday, January 19, 2021
No menu items!
Home Gaya Hidup Famili Bintang Youtube Arab Bayar RM540k Umum Jantina Anak Di Bangunan Tertinggi...

[VIDEO] Bintang Youtube Arab Bayar RM540k Umum Jantina Anak Di Bangunan Tertinggi Dunia

Upacara gender reveal kini menjadi trend kepada bakal ibu bapa muda untuk memberitahu jantina anak yang bakal dilahirkan. Acara seumpama ini seakan kejutan yang diberikan kepada keluarga dan rakan terdekat.

Tapi kali ini, majlis gender reveal yang dianjurkan oleh pasangan Youtuber Anas Marwah dan Aayla ini berjaya menarik minat orang ramai apabila pasangan ini membuat kejutan menerusi lampu di bangunan pencakar langit Burj Khalifa, Dubai.

Majlis ‘gender reveal’ paling mahal

Menurut News.Com majlis gender reveal yang dianjurkan pasangan tersebut telah menelan kos hampir $130,000 USD (kira-kira RM 540k) bagi semua kelengkapan.

Video yang berdurasi 2 minit itu mendapat lebih 9.7k retweetdan 31.6k like menunjukkan pasangan tersebut menanti dan menghitung detik selama 10 saat bersama-sama untuk mengetahui jantina anak kedua mereka.

Menerusi video tersebut, pasangan tersebut kelihatan sangat teruja dan sebak tanda gembira dengan bakal anak mereka.

Bakal menimang anak lelaki

Foto: News.Com

Menerusi lampu berwarna biru yang terpancar di bangunan pencakar langit itu menunjukkan Anas dan isterinya Aayla, bakal menimang anak lelaki. Ia merupakan anak lelaki pertama mereka setelah mempunyai anak perempuan sulong iaitu Mila.

Bangunan Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan mencatatkan setinggi 829.8 meter dan mempunyai 163 tingkat menjadi saksi mengenai anak yang bakal diterima mereka.

Kisah mereka ini secara tidak langsung memberi inspirasi dan idea kepada orang ramai dalam menganjurkan upacara baby reveal.

Sumber: Crowngauraz ,News.Com, ohbulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

PAU 2020 TANGGUH LAGI

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Januari ini ditangguhkan. Menurut Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri...

BERI PELUANG KEPADA ZAHID – ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berpandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut diberi peluang menamatkan tempoh perkhidmatan...

BROKER DIDAKWA PUKUL KUCING BETINA, ANAK SAMPAI MATI

BUTTERWORTH- Seorang broker mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan seekor anak kucing sehingga mati di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pada Isnin. Tertuduh,...

DEMOKRASI MALAYSIA TAK BOLEH DIKALAHKAN OLEH PANDEMIK – TOK MAT

SHAH ALAM – Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu negara memulihkan pandemik Covid-19.   Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks