Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Lim dihadapkan 2 pertuduhan lupus tanah milik k'jaan negeri

Lim dihadapkan 2 pertuduhan lupus tanah milik k’jaan negeri

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini didakwa atas dua pertuduhan berkaitan pelupusan harta milik kerajaan negeri kepada syarikat pemaju ketika memegang jawatan itu.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu berkenaan kesalahan “secara tidak jujur menyalahgunakan, atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri, atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan apa-apa harta”.

Menurut pertuduhan pertama, Lim pada 17 Februari 2015 didakwa “dengan curangnya” menyebabkan Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang melupuskan harta milik kerajaan negeri, iaitu Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, Negeri Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM135 juta kepada Ewein Zenith Sdn Bhd.

Menurut pertuduhan kedua pula, dia pada 22 Mac 2017 didakwa melakukan perkara sama bagi Lot Tanah No. H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 yang bernilai kira-kira RM73.7 juta, juga di Bandar Tanjong Pinang, kepada Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Jika sabit kesalahan, Lim yang juga bekas menteri kewangan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, denda dan sebatan.

Dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di atas dua dakwaan tersebut.

Pertuduhan dibacakan di depan hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Pendakwaan diwakili DPP Wan Shaharuddin Wan Ladin, Francine Cheryl A/P Rajendram and Selvaranjini A/P Selvaraja, manakala peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh mewakili Lim.

[Berita lanjut menyusul]

– malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

BELEM, BRAZIL :  Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks