Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Najib pertahankan beliau tidak mencuri, ada ruang besar pertikai penghakiman Mahkamah Tinggi

Najib pertahankan beliau tidak mencuri, ada ruang besar pertikai penghakiman Mahkamah Tinggi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seseorang yang mahu mencuri tak tunggu empat tahun selepas meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada SRC untuk mencuri RM42 juta (1%).

Katanya, seseorang yang mahu mencuri tak akan masukkan wang yang dicuri dalam akaun atas nama sendiri yang dikendalikan oleh orang lain.

”Seorang yang mencuri tak minta secara peribadi kepada Gabenor BNM dan CEO Ambank untuk memantau akaunnya jika ada transaksi yang meragukan (namun hakim dalam penghakiman bertulisnya kata jika saya diberi amaran pun, saya tidak akan menghiraunya tapi saya tak pernah diberi apa-apa amaran oleh kedua-dua pihak BNM dan Ambank).

“Seorang yang mencuri tak akan gunakan kesemua dana melebihi RM642 juta yang diterima terus dari akaun Menteri Kewangan Arab Saudi untuk dibelanjakan untuk tujuan kebajikan Rakyat melalui NGO/parti termasuk untuk memberi kain jubah kepada imam, tahfiz serta ahli majis untuk 7 ribu buah masjid seluruh Malaysia sebanyak dan juga bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014. Bukan untuk kegunaan peribadi.

“Seorang yang mencuri tak akan gunakan dana RM42 juta untuk sedekah dan bukan untuk kegunaan peribadi,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar tadi.

Beliau berkata, ada banyak lagi cara jika benar-benar mahu songlap RM42 juta. Boleh buat projek terowong dan dapat keuntungan 10%. Boleh juga buat laporan kebarangkalian dengan kos RM305 juta.

“Sebab itu hakim kata saya tidak menyesal kerana saya tak pernah ada niat melakukan kesalahan.

”Sebab itu saya lafazkan sumpah dalam mahkamah bahawa saya tak pernah minta, merancang, mengetahui ataupun ditawar wang RM42 juta itu,” katanya.

Beliau berkata dia bersedia meneruskan ke Mahkamah Rayuan nanti kerana peguam beliau percaya ada ruang yang besar untuk pertikaikan penghakiman Mahkamah Tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks