Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Johor nafi tuduhan tuntutan palsu

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Johor nafi tuduhan tuntutan palsu

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Johor didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tuntutan RM47,800, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Rajali Mudin, 56 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu milik sebuah syarikat bagi aktiviti tidak wujud untuk membuat tuntutan sebanyak RM35,400  dengan niat memperdaya prinsipalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Johor.

Bagi pertuduhan keempat, Rajali yang kini bertugas sebagai Pengarah Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan jabatan itu menggunakan dokumen palsu milik syarikat berlainan bagi aktiviti tidak wujud untuk membuat tuntutan sebanyak RM12,400 dengan niat memperdaya prinsipalnya.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) Akta sama.

Hakim menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat-syarat tambahan.

Mahkamah menetapkan 12 Oktober untuk sebutan semula kes.

– sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

BELEM, BRAZIL :  Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks