Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Shafie Hilang Sokongan, Tiada Hak Nasihat – Peguam

Shafie Hilang Sokongan, Tiada Hak Nasihat – Peguam

7 SEPT: Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai adalah isu perlembagaan yang penting dan perlu diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leonard David Shim telah terkhilaf di sisi undang-undang apabila menafikan permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri.

Memetik laporan Bernama, Firoz mewakili 33 ADUN diketuai bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN pada 30 Julai.

“Permohonan ini melibatkan kuasa perlembagaan yang penting dan mahkamah perlu dengar meritnya,” katanya, menggesa Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan itu dan merujukkan semula kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk didengar merit permohonan semakan kehakiman itu.

Beliau juga berkata kes itu boleh diadili (iaitu boleh dibicarakan di mahkamah) kerana ia melibatkan bidang kuasa keperlembagaan, dan dengan itu, Mahkamah Tinggi tidak boleh dengan mudah menolaknya pada peringkat permohonan bagi kebenaran.

Semasa memfailkan permohonan mereka bagi kebenaran semakan kehakiman, Musa dan ADUN yang lain menamakan Tun Juhar sebagai responden pertama; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai responden kedua; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai responden keempat.

Firoz hari ini berhujah di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam rayuan yang dikemukakan 33 ADUN berkenaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri pada 30 Julai.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian.

Firoz berhujah Mohd Shafie tidak mempunyai hak untuk menasihat atau memohon Tun Juhar membubarkan DUN kerana beliau sudah hilang sokongan majoriti daripada 65 ADUN.

Katanya pada 29 Julai, Musa telah menyerahkan 33 akuan berkanun kepada Istana menyatakan Mohd Shafie telah hilang sokongan majoriti dan bahawa 33 ADUN telah berkumpul untuk bertemu Yang Dipertua Negeri.

“Bagaimanapun, mereka (33 ADUN) diminta untuk datang pada keesokannya. Pada kira-kira 11 malam, 29 Julai, Mohd Shafie menghadap Yang Dipertua Negeri dan pada 30 Julai, beliau (Tun Juhar), atas nasihat Mohd Shafie, telah membubarkan DUN.

“Ini adalah isu keperlembagaan. Beliau (Tun Juhar) perlu melaksanakan bidang kuasa berperlembagaan beliau untuk mengendalikan isu ini; bukan sekadar menurunkan tanda tangan,” katanya.

Peguam itu seterusnya berhujah dengan pandemik COVID-19 yang dihadapi ketika ini, ia bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri Sabah, menegaskan pilihan raya negeri yang lepas diadakan dua tahun lalu dan yang akan datang perlu diadakan pada 2023. – pnbbc

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks