Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Pencemaran bau Sungai Gong: Dua pekerja kilang direman enam hari

Pencemaran bau Sungai Gong: Dua pekerja kilang direman enam hari

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Dua pekerja sebuah kilang ditahan reman enam hari mulai hari ini berhubung kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan ke atas kedua-dua suspek lelaki berusia 20 dan 57 tahun oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada 9.15 pagi ini selepas ditahan semalam di sebuah premis di Jalan Batu Arang, Rawang.

Mereka ditahan reman bagi siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 5 Sept lepas, empat pengurus kilang direman enam hari sehingga Khamis ini berhubung kejadian sama mengikut seksyen serupa.

Kesemua suspek lelaki berumur dalam lingkungan 50 hingga 60 merupakan adik beradik yang menguruskan kilang itu selepas kematian bapa mereka.

Ekoran pencemaran minyak daripada kilang itu pada Khamis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

BELEM, BRAZIL :  Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks