Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Tiga lelaki terlepas tali gantung

Tiga lelaki terlepas tali gantung

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Gan Jian Ji, 22, Yip Kah Hou, 26, dan Woon Kian Hui, 25, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.

Shahnaz dalam keputusan akhir pendakwaan berkata, terdapat beberapa alasan yang menyebabkan kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.

“Bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil juga tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

“Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan,” katanya ketika membacakan penghakimannya.

Mengikut kertas pertuduhan, Jia Ji didakwa dengan niat bersama lima orang yang masih bebas pada 17 Disember 2017 lebih kurang jam 7.30 malam bertempat di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi melakukan kesalahan membunuh kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian Tan Aik Chai, 44.

Seterusnya, Kah Hou dan Kian Hiu didakwa dengan niat bersama dua orang yang masih bebas telah melakukan persubahatan jenayah dan lima orang yang masih bebas dalam melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian Aik Chai di lokasi dan masa yang sama.

Jia Ji berdepan hukuman di bawah Seksyen 302 di mana jika sabit kesalahan digantung sampai mati manakala Kah Hou dan Kian Hiu berdepan hukuman di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun keseksaan dan Seksyen 34 kanun keseksaan di mana jika sabit kesalahan digantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang.

Tertuduh, Jia Ji diwakili peguam Datin Freda Sabapatty, Che Azlin Farahannis Evani, Foo Fang Leong dan Veranesh Baba.

Sementara Kah Hou diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Kian Hui diwakili Ram Karpal Singh dan Harshaan Zamani.

Seramai 22 saksi pendakwaan dipanggil dan 42 eksibit dikemukakan dalam perbicaraan yang dijalankan sejak tahun lalu.

Terdahulu pada 17 Disember 2017 media melaporkan seorang lelaki maut ditikam dan digilis dengan sebuah kereta BMW putih di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini dan video kejadian ngeri itu tular di media sosial.

– Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks