Tuesday, January 19, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa WHO iktiraf sistem kesihatan Malaysia

WHO iktiraf sistem kesihatan Malaysia

Kerajaan Malaysia telah diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan mempunyai liputan yang sejagat (UHC).

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sistem kesihatan di negara Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menangani wabak COVID-19 ini melalui pengalamannya yang lepas.

“KKM menghargai pengiktirafan WHO ini dan terus komited dalam memperkukuhkan sistem kesihatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Kesepaduan membawa kejayaan. InshaAllahi,” katanya menerusi kiriman facebooknya sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata dalam sidang media yang sama, WHO menegaskan bahawa vaksin adalah berkesan dalam membendung penularan penyakit seperti cacar air (smallpox), polio dan sebagainya.

Namun begitu, katanya, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah faktor penting dalam penggunaan vaksin. Perkara ini tidak boleh diambil ringan dan justeru itu, bagi menjamin faktor-faktor tersebut, vaksin perlu melalui beberapa ujian dan fasa.

“Sehingga hari ini, masih tiada vaksin COVID-19 yang disahkan berkesan dan selamat oleh pihak WHO.

”Pihak WHO turut menjelaskan beberapa langkah pencegahan COVID-19 yang boleh diamalkan oleh setiap individu dalam menghalang jangkitan COVID-19, dan ianya selari dengan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh pihak KKM,” katanya – Voice

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

PAU 2020 TANGGUH LAGI

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Januari ini ditangguhkan. Menurut Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri...

BERI PELUANG KEPADA ZAHID – ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berpandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut diberi peluang menamatkan tempoh perkhidmatan...

BROKER DIDAKWA PUKUL KUCING BETINA, ANAK SAMPAI MATI

BUTTERWORTH- Seorang broker mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan seekor anak kucing sehingga mati di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pada Isnin. Tertuduh,...

DEMOKRASI MALAYSIA TAK BOLEH DIKALAHKAN OLEH PANDEMIK – TOK MAT

SHAH ALAM – Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu negara memulihkan pandemik Covid-19.   Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks