Thursday, October 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Saya Memiliki Rumah Yang Cantik, Kereta, Dan Kerja Di M’sia, Sebelum Dokumentari...

Saya Memiliki Rumah Yang Cantik, Kereta, Dan Kerja Di M’sia, Sebelum Dokumentari Al-Jazeera’ Merubah Kehidupan – Rayhan Kabir

“Saya memiliki rumah yang cantik, kereta, kerja yang bagus dan kewangan yang stabil. Namun segalanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu (Al Jazeera),” luah Rayhan Kabir.

Itulah luahan Rayhan Kabir kepada laman berita Bangladesh, Dhaka Tribune baru-baru ini dalam satu temu bual yang diadakan selepas pengusirannya dari Malaysia.

Beliau sebelum ini diusir daripada Malaysia selepas membuat kemunculan dalam dokumentari kontroversi Locked Up In Malaysia Lockdownterbitan Al Jazeera dan ditahan hampir selama sebulan kerana komen yang diberikannya.

Mengimbas kembali mengenai apa yang perlu dilaluinya sebelum ini, Rayhan bukan saja menjelaskan beliau kehilangan segala-galanya namun turut mendedahkan dia tidak dihubungi oleh sesiapa pun daripada Al Jazeera selepas ditangkap.

Rayhan bagaimanapun menjelaskan ianya adalah pilihannya sendiri untuk tidak menutup muka dan kekal sebagai anonymous dalam dokumentari tersebut.

Hal itu katanya kerana apa yang dilakukannya dalam dokumentari tersebut tidak melanggar undang-undang negara ini dan tidak menyangka akan meletakkan dirinya dalam masalah seperti yang berlaku sebelum ini.

“Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian banyak kali sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah terfikir yang bercakap tentang kebenaran akan membawa masalah sebanyak ini kepada saya,” katanya.

Justeru itu Rayhan dalam temu bual tersebut menjelaskan akan membuka buku baru dalam kehidupannya dan tidak lagi akan menoleh ke belakang.

Antara yang bakal dilakukannya selepas ini adalah untuk menyambung pengajian peringkat tinggi berkait undang-undang pendatang asing (migration law) dan  bekerja untuk memastikan hak pekerja asing terjaga. – vocket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Apandi tuntut ganti rugi disingkir sebagai peguam negara

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali sedang memulakan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC), berkata beliau diberhentikan secara tidak sah oleh pentadbiran Pakatan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks