Wednesday, November 25, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Pekebun sedia bayar pampasan dan berkongsi hasil durian dengan Kerajaan Negeri

Pekebun sedia bayar pampasan dan berkongsi hasil durian dengan Kerajaan Negeri

Bekas perdana menteri Najib Razak cuba mengalihkan perhatian daripada isu eksploitasi petani durian musang king di Raub dengan mengubahnya menjadi isu perkauman, kata NGO Save Musang King Alliance (Samka).

Pengerusi Samka, Chang Yee Chin mengulas kenyataan Najib yang mendedahkan ialah bekas ahli majlis DAP Kajang, maka segala usaha kerajaan negeri Pahang untuk berunding dengan Samka bermakna mengadakan perbincangan bersama DAP.

“(Najib) telah menyatakan bahawa saya adalah bekas ahli majlis DAP dan saya berasa ia bukan sesuatu masalah malah tertanya-tanya apa salahnya?

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah dan tidak berniat untuk menyembunyikan fakta bahawa saya merupakan ahli DAP,” katanya.

Chang mengaku menyertai DAP kerana perjuangan parti itu dan dilantik sebagai ahli majlis pada tahun 2018.

Beliau yang berasal dari Raub kemudian mengundurkan diri sebagai ahli majlis pada bulan Februari untuk membantu ayahnya yang mengusahakan dusun di Sungai Krau memandangkan orang tuanya itu mempunyai masalah kesihatan.

 

“Namun apa yang sangat pelik adalah, apabila beliau (Najib) tidak dapat menyelesai sesuatu masalah, beliau akan melakukan hasutan atau mengadu domba, supaya masyarakat hilang fokus tentang persoalan sebenar bagi sesuatu itu.

“Sama juga dengan Krisis Musang King ini,” kata Chang pada satu kenyataan malam tadi.

“Beliau berpura-pura sebagai seorang yang adil, dan berharap pekebun dengan kerajaan negeri boleh mencapai situasi ‘win-win’.

“Sebenarnya, Datuk Seri Najib sengaja menghubungkaitkan isu-isu dasar pertanian serta isu tanah dengan isu perkauman,” katanya lagi merujuk cubaan melabel DAP sebagai parti “Cina” yang anti-Melayu dan anti-Islam.

“Strategi beliau adalah mengalihkan perhatian daripada isu eksploitasi oleh korporat swasta dan kerajaan, dan beliau cuba menjustifikasikan ekplostasi dan tindasan terhadap pekebun,” jelasnya.

Najib pada hantaran di Facebook semalam berkata memandangkan Chang ialah ahli DAP dan bekas ahli majlis di Kajang maka jika kerajaan Pahang berunding, ia bukan berunding dengan petani tetapi DAP.

Chang juga membidas Najib kerana membuat tuduhan palsu berkata petani tidak mahu berunding dengan kerajaan.

Menurutnya, Samka, sejak penubuhannya berulang kali berkata mereka bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai perkara itu.

“Bukan sahaja pekebun ingin membayar pampasan kepada kerajaan negeri atas kerugian yang dialami, malah pekebun bersedia untuk berkongsi sebahagian keuntungan daripada penghasilan durian kepada kerajaan negeri.

“Selain itu, para pekebun juga bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam rancangan perkembangan industri durian di Pahang serta pengurusan sumber air dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA

Padang Besar: Sindiket penyeludupan dipercayai menjadi dalang serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini,...

Trump hampir akui kekalahan

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hampir mengakui kekalahan dalam pilihan raya Presiden selepas agensi kerajaan yang bertanggungjawab melicinkan proses peralihan kuasa Joe Biden ke Rumah...

MENINGGAL SEBELUM SEMPAT JUMPA ISTERI, ANAK-ANAK

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang isteri yang terkandas lebih lapan bulan di Singapura untuk bertemu dengan suaminya di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal...

Jangan perlekeh kuasa 7.6 juta ahli aktif KWSP Artikel Penuh

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ahli Majlis Tertinggi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks