Thursday, October 1, 2020
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak Messi kekal kerana enggan heret Barcelona ke mahkamah, namun beranggapan Presiden kelab,...

Messi kekal kerana enggan heret Barcelona ke mahkamah, namun beranggapan Presiden kelab, Bartomeu sebagai ‘malapetaka’.

TERKINI: Messi Umum Kekal Di Barcelona Musim Depan, Tamatkan Spekulasi ‘Pindah’ Ke Man. City

Bintang bola sepak dunia dan juga tonggak utama Barcelona, Lionel Messi mengumumkan bahawa beliau akan kekal bersama bersama kelab gergasi La Liga itu musim depan.

Dalam perkongsian tweet oleh Goal, Messi memaklumkan dia tidak gembira dan mahu berpindah namun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Justeru bagi mengelakan sebarang pertelingkahan lebih lanjut, beliau memutuskan untuk kekal bersama Barcelona untuk musim depan.

Messi juga menyifatkan pengurusan dibawah Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu sebagai satu ‘malapetaka’.

Dalam perkongsian dimuat naik oleh Football Daily pula, Messi membuat keputusan untuk kekal kerana tidak sanggup untuk mengheret Barcelona ke mahkamah setelah mengambil kira segala memori dan pencapaian yang diraihnya bersama kelab tersebut sepanjang kariernya.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan segala spekulasi yang muncul sejak kekalahan memalukan kelab diwakilinya di tangan Bayern Munich ketika pertembungan separuh akhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Sejak kekalahan 8-2 tersebut, pelbagai laporan media menyebut Messi tidak gembira dengan apa yang berlaku di kem Barcelona dan merancang untuk beralih angin ke liga berbeza, antara yang disebut-sebut adalah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Messi sebelum ini dikaitkan dengan penyatuan semula dengan Pep Guardiola dan cakap-cakap menyatakan Manchester City dipilih sebagai kelab seterusnya buat tonggak skuad Argentina itu.

Bagaimanapun, dengan pengumuman dibuat oleh Messi sebentar tadi, maka harapan untuk peminat EPL melihat seorang pemain bola sepak yang dianggap sebagai terbaik di dunia ‘merumput’ di England tidak kesampaian, sekurang-kurangnya untuk semusim lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Apandi tuntut ganti rugi disingkir sebagai peguam negara

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali sedang memulakan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC), berkata beliau diberhentikan secara tidak sah oleh pentadbiran Pakatan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks