Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes Dhaya Maju LTAT komited siapkan projek KVDT 2 mengikut jadual

Dhaya Maju LTAT komited siapkan projek KVDT 2 mengikut jadual

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd komited untuk terus melaksanakan obligasi bagi memastikan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2) siap mengikut jadual ditetapkan.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohamed Razeek Hussain berkata syarikat itu akan terus berurusan dengan kerajaan dan pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan projek KVDT 2 dan kepentingan orang ramai tidak terjejas.

Menurutnya, selain kesan langsung pandemik COVID-19 terhadap ekonomi, kerajaan juga perlu melihat aspek statistik masa utama dan kos pembatalan.

“Tapak akan terbiar dan hanya mengundang bahaya kepada orang ramai,” katanya.

Pada 28 Ogos lepas, Kementerian Pengangkutan mengumumkan tender projek itu dibuka semula selepas mengambil kira keputusan kajian dan penelitian menyeluruh yang mendapati projek di bawah Dhaya Maju-LTAT Sdn Bhd (DM-LTAT) membabitkan kos terlalu tinggi ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Syarikat Dhaya Maju LTAT adalah usaha sama 80:20 antara syarikat pembinaan pegangan swasta Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah meraih kontrak pemulihan KVDT 2 iaitu 10 bulan selepas ia dibatalkan.

Mengulas selanjutnya, Mohamed Razeek menyifatkan KVDT 2 sebagai komponen penting bagi pengukuhan pengangkutan awam di Lembah Klang dan sebarang kelewatan akan memberi kesan terutamanya kepada pengguna.

“Untuk rekod, kerja-kerja itu pada masa ini dipantau oleh perunding profesional dan semua tuntutan telah disemak dan disahkan sebelum sebarang kelulusan pembayaran.

“Malah, terdapat pemantauan kewangan yang ketat di bawah pemerhatian pegawai berkaitan bagi projek KVDT2 itu,” katanya.

Beliau berkata projek KVDT 2 telah mencapai kemajuan sebanyak 24 peratus, hasil usaha tenaga kerja dan dedikasi 1,512 pekerja di bawah Dhaya maju-LTAT dan 261 syarikat bekalan dan perkhidmatan.

Menurutnya, usaha sama itu juga telah mewujudkan lebih 7,000 pekerjaan di bawah sektor perkhidmatan, bekalan dan penyelenggaraan.

“Pada masa ini, syarikat memiliki kepelbagaian dan aset rel bernilai kira-kira RM350 juta yang merangkumi jentera dan peralatan kerja landasan khusus untuk memastikan projek disiapkan mengikut masa ditetapkan,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks