Friday, October 2, 2020
No menu items!
Home Hiburan Artis Shut The F*ck Up About My Sister" - Isu TikTok & Tunjuk...

Shut The F*ck Up About My Sister” – Isu TikTok & Tunjuk Jari Tengah, Kakak Kasih Iris Leona Bersuara

Selepas tular isu jawapan balas anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang dikecam bertiktok, kakak kepada personaliti media sosial itu, Kasih Leia Ixora pula tampil bersuara.

Akur dengan status figura awam keluarganya, Ixora memohon orang ramai agar tidak mengganggu keluarganya terutama adik perempuannya itu.

“Boleh tak semua orang jangan kacau Kasih Iris Leona? Keluarga saya bukan kandungan hiburan kalian.

“Kadang-kadang kami sangat hargai sekiranya anda membiarkan kami melalui kehidupan kami sendiri.

“Yang menjadi masalah utama apabila cara kalian melayan gadis yang masih muda di media sosial hanya kerana minat mereka,” ujarnya.

Tambah Ixora, dia memohon netizen agar meghormati dan tidak menggunakan medium yang ada untuk membuli keluarganya.

“Apa juga pandangan yang kalian terhadap tindakan dan isi kandungan (media sosial) adik saya, itu hak anda. Saya tak boleh memaksa kalian untuk mengubahnya.

“Tapi sebagai orang yang lebih dewasa, gunakanlah fikiran yang kritis sebelum bersuara kerana kata-kata itu mungkin berbaur kesat dan berlawanan dengan gerak hati.

“Kami sedar siapa orang di sekeliling kami, adakalanya mereka terdiri daripada orang Melayu yang konservatif yang mana merupakan peminat ayah kami. Mereka bukan masalah pun.

“Tetapi pandangan moral itu. Saya tidak menilai sesiapa berdasarkan apa yang mereka percaya atau siapa mereka. Tetapi bukankah lebih elok kalau kalian ada rasa hormat terhadap orang lain,” tambahnya.


Kata Ixora lagi, dia bagaimanapun masih menghargai komen jujur dan niat murni segelintir netizen terhadap keluarganya.

“Kami cuma mahukan sedikit ruang untuk kami ekspresikan diri kami secara bebas tanpa ada penilaian daripada sesiapa.

“Kalau kalian tak suka apa yang kalian lihat, terpulanglah.

“Bagi yang sentiasa berfikiran terbuka dan jujur kepada adik saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Terdahulu Kasih tampil menjawab pertanyaan netizen akan tindakannya yang sentiasa berTikTok kebanyakan masa.

“Berhenti jadi Tuhan macam awak dah khatam dosa sendiri. Ada buat sistem pemarkahan sendirikah?

“TikTok – 100 markah, middle finger – 200 markah? Awak? Dosa awak? Ke awak nak sibuk pasal dosa saya sebab awak rasa ini kewajipan awak?” balasnya di Twitter.

Bagaimanapun, akaun Twitter Kasih telah dinyahaktifkan pada Jumaat.

– Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

K’jaan Johor setuju bayar pampasan RM5.2 juta pada masyarakat Orang Laut Seletar

Kerajaan negeri Johor dan Orang Laut Seletar di Stulang Laut tulang Laut mencapai persetujuan dengan kerajaan akan membayar RM5.2 juta sebagai pampasan untuk tanah...

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks