Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Polis tahan penganggur pukul, tolak isteri keluar kereta

Polis tahan penganggur pukul, tolak isteri keluar kereta

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian pergaduhan menyebabkan suspek menolak isterinya dari dalam kereta dinaiki mereka sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di Jalan Magazine di George Town semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun yang bekerja kilang itu sebelum menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan ke atas suaminya berumur 31 tahun pada 12.15 tengah malam tadi di Jalan Patani di George Town.

Kes Suami Tolak Isteri Dalam Kereta

𝗦𝘂𝘀𝗽𝗲𝗸 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻Penganggur berusia 31 tahun ditahan polis di Jalan Patani, Georgetown, hari ini, kerana disyaki bergaduh dan menolak keluar isterinya dari kereta sehingga tular di media sosial sejak semalam.Dalam rakaman video itu, wanita berusia 26 tahun terbabit dilihat hampir terjatuh dari kereta yang dipandu suspek.Kereta itu juga dilihat dipandu secara berbahaya ketika pintu penumpang terbuka.Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian pada 7.45 malam itu, suspek yang menaiki Suzuki Swift bergaduh dengan isterinya ketika melalui Jalan Megazine.Katanya, pergaduhan itu menyebabkan pintu bahagian penumpang hadapan terbuka sehingga mangsa terkeluar dan hampir terjatuh dari kereta."Suspek kemudian menolak mangsa keluar daripada kereta dan meninggalkan wanita itu di jalan raya ketika sampai di Jalan Dr Lim Chwee Leong."Mangsa yang juga pekerja kilang dan ibu kepada seorang anak itu dibantu orang ramai sebelum membuat laporan polis pada 10 malam."Wanita terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mulut akibat dipukul suami," katanya hari ini.Soffian berkata, susulan penahanan suspek pada 12 malam tadi, polis merampas kereta yang dipandu lelaki berkenaan.Siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan masalah keluarga."Didapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berhubung kes dadah."Saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada pengambilan dadah dan suspek ditahan bagi siasatan," katanya.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.▶️Harian Metro

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, August 29, 2020

“Berdasarkan siasatan awal, dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, mangsa menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu suaminya dan ketika melalui Jalan Magazine telah berlaku pergaduhan antara mereka kerana masalah keluarga.

“Akibat pergaduhan itu telah menyebabkan pintu penumpang hadapan telah terbuka dan mangsa hampir terkeluar dari kereta, kejadian tersebut turut dirakam oleh penumpang sebuah kereta yang berada di belakang kenderaan pasangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya menurut wanita itu sebaik sampai di hujung Jalan Dr Lim Chwee Leong, suaminya terus menolak mangsa keluar dari kereta dan meninggalkan mangsa di atas jalan sebelum orang ramai membantunya serta menghubungi pihak polis.

Soffian berkata wanita itu mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mulut akibat dipukul oleh suaminya .Pasangan tersebut mempunyai seorang anak.

Katanya wanita tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada jam 10 malam selepas mendapatkan rawatan awal akibat kecederaan dialaminya dan susulan itu polis menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas kereta Suzuki Swift yang dipandu lelaki itu dan siasatan mendapati dia yang tidak bekerja (penganggur) mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah, namun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu direman untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.

Sejak semalam tular satu video sebuah kereta Suzuki Swift dengan pintu bahagian penumpang hadapan terbuka dan kaki penumpang terkeluar serta jeritan seorang wanita sebelum kenderaan tersebut berhenti untuk menutup pintu dan individu yang merakam video itu keluar cuba memberi bantuan namun pemandu (Suzuki Swift) terus memecut laju.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

BELEM, BRAZIL :  Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks