Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Pemimpin bawahan BN jangan jadi ‘mulut longkang’

Pemimpin bawahan BN jangan jadi ‘mulut longkang’

SEJAK akhir-akhir ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan begitu sinonim dengan kenyataan-kenyataan padas beliau khususnya membabitkan Bersatu, malah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

’Mulut longkang’ beliau seolah cuba mendapatkan perhatian pihak atasan dan mengejar perhatian bagi menyelamatkan karier politiknya yang sudah dipenghujung terutama selepas tewas hampir 29,000 kepada Datuk Seri Salahuddin Ayob pada PRU14 lalu.

Tidak tahan dengan karenah Ahli Parlimen Pulai, Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa akhirnya bersuara meminta Nur Jazlan menutup mulut terutama membabitkan dasar parti yang di luar pengetahuan mereka.

Beliau berkata, Nur Jazlan tidak perlu dengan mudah membuat kenyataan seperti itu.

“Sebagai parti politik, PPBM ada rancangan mereka, tetapi tidak boleh membuat kenyataan perdana menteri cuba melakukan sesuatu yang negatif.

“Nasihat saya, saya mungkin tikam kawan dalam parti sendiri. (tetapi), sebagai setiausaha agung saya nasihatkan kita semua mesti amalkan politik yang lebih murni.

“Saya harap semua orang jangan keluarkan kenyataan negatif, supaya wujudkan keadaan lebih baik,” katanya selepas Perarakan Pasukan Berkuda Perkhidmatan Awam Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Jubli Perak Perbadanan Putrajaya di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Annuar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang menasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya berhenti “ke sana ke sini” bagi meraih sokongan Ahli Parlimen menjelang pembentangan belanjawan Oktober depan.

Ketika menitipkan pesanan itu, Annuar juga meminta kerjasama media untuk tidak melaporkan kenyataan pemimpin yang tidak terbabit dalam penggubalan dasar dan perancangan parti, kerana akan memberi gambaran kurang tepat.

Beliau berkata, ia berikutan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti biasa, tidak terbabit dengan rundingan di peringkat kepemimpinan tertinggi, tidak mempunyai maklumat membabitkan dasar.

“Kalau media nak bertanya dasar saya harap dapat dirujuk penjawat jawatan yang sesuai. Kalau ambil seorang pemimpin bahagian, kita ada 191 bahagian. Ada sesetengah pemimpin mungkin tak tahu apa sedang berlaku,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

BELEM, BRAZIL :  Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks