Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Pengecualian pembaharuan lesen memandu tamat 31 Ogos, orang ramai diberi 30 hari...

Pengecualian pembaharuan lesen memandu tamat 31 Ogos, orang ramai diberi 30 hari lagi untuk perbaharui

PUTRAJAYA, 29 Ogos  — Orang ramai diberi masa sehingga 30 Sept untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), kerana pengecualian yang diberikan pada Mac lepas akan ditamatkan Isnin ini (31 Ogos).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pembatalan pengecualian ini adalah selaras dengan kuasa menteri di bawah seksyen 66(1)(x) dan 127 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pengecualian) 2020.

“Bagaimanapun, orang ramai yang memiliki LMM dan LKM yang tamat tempoh masih diberi masa untuk memperbaharuinya dalam tempoh 30 hari sehingga 30 Sept 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini memberikan pengecualian pembaharuan LMM dan LKM kepada orang ramai sejak Mac lepas bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter agensi-agensi berkaitan, sebagai salah satu inisiatif mengekang penyakit COVID-19.

Pengecualian itu membenarkan orang ramai memandu dan menggunakan kenderaan masing-masing semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan walaupun LMM atau LKM mereka telah tamat tempoh, dengan syarat kenderaan itu mempunyai perlindungan insurans yang sah dan masih berkuatkuasa.

Wee seterusnya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat sahih dan tidak menyebarkan berita-berita palsu serta sentiasa sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ketika mengunjungi kaunter JPJ atau mana-mana agensi dalam usaha membebaskan negara sepenuhnya daripada pandemik COVID-19.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

BELEM, BRAZIL :  Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks