Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Majlis gereja Sarawak selar kenyataan ‘tidak sensitif’ pemimpin PAS berhubung Injil

Majlis gereja Sarawak selar kenyataan ‘tidak sensitif’ pemimpin PAS berhubung Injil

PETALING JAYA: Majlis Gereja Sarawak turut mengkritik kenyataan ahli Parlimen Pasir Putih Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kitab Injil di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam perbahasan dengan ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham tentang agama yang membenarkan penganutnya minum arak, Zawawi berkata, kitab Injil telah dipinda.

Persatuan Gereja Sarawak (ACS) berkata, komen ahli Parlimen PAS itu bersifat ofensif dan tidak boleh diterima dengan menambah bahawa kenyataan itu merupakan penghinaan langsung terhadap kitab Injil.

“Kenyataan bahawa ‘kitab Injil ini dipesongkan ataupun diubah’ iaitu mendakwa ia ‘dipesongkan atau diubah’ adalah melanggar sempadan sensitiviti agama.

“Ia dianggap serius dan tidak boleh diterima kerana kenyataan itu dibuat secara terbuka dan direkodkan dalam transkrip rasmi persidangan Dewan Rakyat ke-14 pada 26 Ogos,” kata pengerusi ACS Ketua Biskop Simon Poh dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendesak Zawawi supaya menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf berhubung perkara tersebut.

Katanya, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Ahli Parlimen PAS itu berkata, semua agama tidak membenarkan penganutnya minum arak, sekali gus mencetuskan pertengkaran dengan Ngeh.

Islam tidak melarang orang lain daripada menjual arak. Agama lain seperti Buddha dan Hindu juga tidak membenarkan penganut masing-masing minum arak, katanya di Dewan Rakyat.

Ngeh menggesa Zawawi membetulkan kenyataannya kerana agama lain seperti Kristian, membenarkan penganutnya minum arak, tetapi tidak sehingga mabuk.

Zawawi bagaimanapun memberitahu Ngeh supaya memeriksa kenyataan beliau, termasuk mengenai agama Kristian kerana “sebelum kitab Injil dipinda”, sedikit arak pun tidak dibenarkan.

Ngeh membalas kenyataan Zawawi dengan memintanya merujuk kepada pakar agama lain terlebih dahulu, tetapi disanggah oleh Zawawi yang berkata, beliau membaca mengenai agama Kristian berdasarkan buku yang ditulis oleh orang Kristian sendiri.

Pemimpin Kristian lain di semenanjung Malaysia memberi respons terhadap Zawawi dengan berkata, minum arak bukanlah suatu dosa dalam kitab Injil walaupun ia mengutuk perbuatan mabuk.

– FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks