Baru sahaja melancarkan video muzik single terbaru Peluang Kedua baru-baru ini, Nabila Razalimeluahkan rasa syukur dengan sambutan yang diterima dimana dalam tempoh lima hari sudah mencapai 5.2 juta tontonan di YouTube.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan trend dimana kualiti lagu dinilai menerusi jumlah tontonan semata-mata memandangkan video muzik itu menampilkan penyanyi rap kegilaan ramai, MK K-Clique.

Malah, netizen itu juga mengatakan industri muzik negara menuju jahanam disebabkan lagu-lagu tersebut yang kerana jumlah tontonan yang ramai.

Pendapat individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju dan beranggapan kualiti yang dikehendaki segelintir artis baru ialah hanya mendapat jumlah tontonan tinggi.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan video muzik itu mendapat tinggi kerana MK, tidak kurang juga ada yang mendakwa Nabila menumpang populariti MK.

Meskipun ada yang mengecam, namun ramai peminat terus menyokong Nabila Razali serta memintanya untuk tampil dengan lagu baru lagi.

– Rotikaya