Friday, October 2, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa WHO jangka pandemik berakhir kurang 2 tahun

WHO jangka pandemik berakhir kurang 2 tahun

GENEVA: Negara di dunia dijangka berupaya keluar daripada krisis pandemik COVID-19 dalam tempoh kurang dua tahun ketika negara-negara di Eropah berusaha memerangi peningkatan kes baharu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus merujuk pandemik selesema yang dikenali sebagai ‘Spanish Flu’ pada 1918 yang mengorbankan 50 juta orang tetapi berjaya dikawal dalam tempoh dua tahun.

Beliau yakin pakar mempunyai pengetahuan dan teknologi untuk menghentikannya.

“Kita mempunyai kelemahan dari aspek globalisasi, kedekatan, keterhubungan, tetapi dengan kelebihan teknologi yang lebih baik, kita berharap dapat menyelesaikan wabak ini kurang dua tahun,” katanya kepada wartawan.

“Dengan memanfaatkan kelengkapan yang ada secara maksimum dan berharap kita dapat memiliki alat tambahan seperti vaksin, saya rasa kita dapat menyelesaikannya dalam waktu yang lebih singkat daripada selesema 1918”, katanya.

Eropah barat mengalami kadar jangkitan yang tidak pernah berlaku dalam beberapa bulan sebelum ini, terutama di Jerman, Perancis, Sepanyol dan Itali, sekali gus mencetuskan kebimbangan gelombang kedua.

Di ibu negara Sepanyol, Madrid, pihak berkuasa mengesyorkan penduduk di kawasan yang paling terjejas tinggal di rumah untuk membantu membendung penyebaran ini berikutan negara itu mencatatkan lebih 8,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Perancis melaporkan kes harian lebih 4,000 kes baharu dalam tempoh dua hari berturut-turut, angka yang tidak pernah dilihat sejak Mei dengan penduduk di kawasan metropolitan paling teruk dijangkiti.

WHO turut mengesyorkan kanak-kanak berumur lebih 12 tahun menggunakan pelitup muka dalam situasi yang sama dengan orang dewasa kerana penggunaan pelitup muka berupaya menghentikan penyebaran virus.

Tanpa vaksin yang dapat digunakan, kaedah yang paling dominan yang dimiliki kerajaan adalah dengan membatasi populasi atau menguatkuasakan penjarakan fizikal.

Lubnan adalah negara terbaru yang memperkenalkan semula sekatan yang ketat selama dua minggu mulai Jumaat termasuk perintah berkurung pada waktu malam bagi mengurangkan peningkatan kes jangkitan ketika negara itu masih menghadapi kejutan daripada tragedi letupan besar di ibu kota Beirut yang mengorbankan banyak nyawa awal bulan ini.

Berdasarkan data dikeluarkan universiti penyelidikan, Johns Hopkins University yang berpangkalan di Baltimore, angka korban akibat COVID-19 kini menghampiri 800,000 orang dengan lebih 22.8 juta kes jangkitan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

K’jaan Johor setuju bayar pampasan RM5.2 juta pada masyarakat Orang Laut Seletar

Kerajaan negeri Johor dan Orang Laut Seletar di Stulang Laut tulang Laut mencapai persetujuan dengan kerajaan akan membayar RM5.2 juta sebagai pampasan untuk tanah...

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks