Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Hiburan Artis Gitaris maut kena renjatan elektrik

Gitaris maut kena renjatan elektrik

KUALA LUMPUR – Gitaris profesional, Eddy Wan Othman meninggal dunia tengah malam tadi disebabkan terkena renjatan elektrik.

Berita mendukacitakan itu dimaklumkan oleh abangnya, Wan Razmie Wan Othman menerusi Facebook miliknya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kedua adinda saya, Wan Zunira  dan Eddy Wan Othman sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi (Sabtu).

Wan Razmie berkata, kejadian berlaku ketika adiknya (Wan Zunira) memandikan anaknya.

“Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya.

“Perginya seorang adik (Eddy) kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam (kena) renjatan elektrik.

“Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada. Berehatlah kedua adikku. Tugasan kalian di dunia dah berakhir. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua,” tulisnya.

Eddy atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen sering mengiringi persembahan artis-artis popular antaranya Datuk Hattan, Joey BPR dan ramai lagi.

Berita kematiannya mengejutkan ramai penggiat seni antaranya Datuk Hattan, To’ki, Joey BPR, Along Exists dan Uchop Ahmad yang memuat naik ucapan takziah di Facebook masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks