Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Ekonomi Turki temui sumber gas asli terbesar di Laut Hitam

Turki temui sumber gas asli terbesar di Laut Hitam

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini mendakwa Ankara telah menemui sumber gas asli terbesar di Laut Hitam yang diharap dapat diperoleh menjelang 2023 ketika sambutan ulang tahun ke-100 kelahiran republik moden tersebut.

Menurut Erdogan, penemuan berharga 320 bilion kubik meter itu dibuat di zon Tuna-1 di luar pantai bandar Eregli di wilayah utara Zonguldak selepas kerja penerokaan bermula pada 20 Julai lalu.

“ALLAH telah membuka pintu kekayaan yang belum pernah terjadi kepada kami,” katanya ketika berucap di Istana Dolmabahce di Istanbul.

Kapal penggerudian pertama Turki, Fatih itu dinamakan sempena nama Sultan Fatih Sultan Mehmet yang berjaya menawan Constantinople pada 1453.

Beliau berharap untuk melihat penemuan baharu di wilayah sama.
Jika gas tersebut dapat diekstrak secara komersial, penemuan itu dapat membantu Turki mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap import sumber tenaga dari negara seperti Rusia, Iran dan Azerbaijan.

Ketika ini, Ankara bergantung penuh dengan Rusia untuk sumber tenaganya dan ia berhasrat untuk mempelbagaikan bekalannya.

Awal bulan lalu, Erdogan mengarahkan kerja penerokaan semula sumber tenaga kontroversi di luar pantai selatan Turki berhampiran Pulau Greece yang menjadi pertikaian di perairan timur Mediterranean.

Isu tersebut telah mencetuskan pertelingkahan antara Ankara dan Athens, Cyprus dan Kesatuan Eropah (EU) dan memburukkan lagi ketegangan dengan Perancis yang bertindak meningkatkan kehadiran tentera mereka di rantau terbabit

  • Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks