Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Hiburan Artis Konsert Kita Merdeka 'hadiah' Wings kepada peminat sempena ulang tahun ke-35

Konsert Kita Merdeka ‘hadiah’ Wings kepada peminat sempena ulang tahun ke-35

 

KUALA LUMPUR: Membuat persembahan di sebuah konsert secara langsung tanpa penonton memerlukan seorang penyanyi atau kumpulan menjadi kreatif.

Menurut penyanyi kugiran Wings, Ahmad Azhar Othman atau Awie, melalui kreativiti itu aura dan semangat penonton tetap dapat dirasai, lapor Astro Awani.

Jelas Awie, Konsert Kita Merdeka yang bakal diadakan pada 29 Ogos ini bagaikan satu eksperimen untuk menguji Wings beraksi menerusi konsert norma baru.

“Macam mana kita nak dapatkan semangat atau aura daripada penonton, kita akan cuba pada hari itu nanti. Mungkin kita akan tidak teragak-agak untuk buat lebih kerana kita tahu penonton tidak ada di depan, jadi kita suka hati. Sebenarnya tidak. Ada had tertentu.

“Tetapi konsert tetap konsert, cuma kreativiti yang akan kami tonjol tanpa penonton di hadapan, insyaAllah akan jadi lebih baik dari biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Awie berharap selepas Wings menjadi artis pertama mengadakan konsert secara norma baru, lebih ramai lagi artis lain berpeluang membuat perkara yang sama.

“Setelah Wings menjadi perintis dalam konsert ini, saya rasa ada peluang untuk artis-artis lain pula menjejaki langkah ini.

“Harap penganjur yang ini, atau yang lain, membuat perkara yang sama sebab kita tidak tahu bila COVID-19 ini akan berakhir.

“Kalau tidak berakhir, inilah caranya untuk kita menghiburkan penggemar-penggemar muzik di negara ini,” katanya lagi.

Menurut Astro Awani lagi, Wings bakal menghiburkan peminatnya dengan 15 buah lagu dalam konsert yang dijangka berlangsung selama dua jam.

Dua artis baru, Zynakal and Yonnyboii akan membuat persembahan bagi membuka tirai Konsert Kita Merdeka.

Wings, kata Awie, tidak akan berputus asa untuk menghiburkan peminat mereka dengan apa cara sekalipun.

Konsert Kita Merdeka ini dirancang dalam masa dua bulan oleh Wings dan penganjur Sonic Minds Sdn Bhd dan Firm Motion Sdn Bhd.

Ia boleh ditonton melalui penstriman di www.wingskitamerdeka.liveframe.my. Peminat yang mahu menyaksikan konsert itu boleh membeli tiket berharga RM35 melalui www.galactix.asia.

Ia juga merupakan konsert penghargaan Wings yang popular dengan lagu Misteri Mimpi Syakilla dan Sejati, serta banyak lagi lagu, kepada peminat sempena 35 tahun kugiran legenda itu berada dalam industri muzik.

– Berita Mediacorp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks