Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Tragedi kebakaran tahfiz: Hakim sebak selepas sampaikan keputusan

Tragedi kebakaran tahfiz: Hakim sebak selepas sampaikan keputusan

“Saya mendoakan roh yang meninggal (dunia) dicucuri rahmat oleh Allah SWT, menjadi ahli syurga, begitu juga ibu bapa mereka,” kata hakim dalam nada sebak.

Suasana mahkamah yang diselubungi dengungan suara tiba-tiba sepi sejurus mendengar ayat penyudah Azman yang sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke atas remaja tersebut selepas didapati bersalah atas semua 23 pertuduhan.

Terdahulu, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili remaja lelaki yang kini berusia 19 tahun itu, berkata anak guamnya memohon maaf kepada semua pihak.

“Anak guam saya dengan merendah diri memohon maaf kepada orang yang terlibat atas kesukaran dan kesulitan yang dilalui sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung sejak tiga tahun lalu,” katanya semasa rayuan.

Beliau berkata anak guamnya bertegas bahawa dia tidak melakukan kesalahan itu dan menafikan sekeras-kerasnya perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, hakim berkata adalah lebih baik bagi peguam tersebut menghujahkan perkara berkenaan di Mahkamah Rayuan semasa rayuan didengar.

“Saya hanya menyatakan kehendak anak guam dan mendapat arahan untuk memfailkan rayuan. Seperti mana kehendak dan keputusan mahkamah saya akur,” kata peguam itu.

Mohd Haijan turut memaklumkan semasa di penjara, anak guamnya telah mengikuti kelas-kelas dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atas inisiatif sendiri.

Katanya remaja itu merupakan anak kedua daripada lima beradik dan ibunya merupakan ibu tunggal.

Peguam itu berkata bapa remaja lelaki tersebut meninggal dunia semasa pesalah bawah umur berkenaan berada dalam tahanan reman di penjara.

“Saya difahamkan bahawa ibunya berniaga baju secara dalam talian dengan pendapatan RM2,000 sebulan,” kata peguam itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim dan N. Joy Jothi.

Menurut pertuduhan pindaan, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks