Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Rogol anak kandung berusia 10 tahun: Lelaki dihukum penjara 36 tahun, 30...

Rogol anak kandung berusia 10 tahun: Lelaki dihukum penjara 36 tahun, 30 sebatan

BESUT: : Seorang peniaga dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak kandungnya yang berusia 10 tahun, pada tiga tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Besut Wan Azimah Yaakob selepas tertuduh yang berusia 51 tahun itu disabitkan atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun pada pertengahan Januari 2017, kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di Chalok, Setiu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mengulangi kesalahan sama pada akhir Januari dan April 2018 sekitar jam 11 malam dan 10 malam di lokasi yang sama.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua serta mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan.

Manakala bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan 10 sebatan, bagaimanapun hukuman berjalan serentak dengan pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman untuk pihak pembelaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa.

– Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks