Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Gadis butik kantoi curi hasil jualan lebih RM17,000

Gadis butik kantoi curi hasil jualan lebih RM17,000

Dua pekerja butik di pusat beli-belah di Sungai Petani ditahan kerana dipercayai pecah amanah membabitkan wang syarikat lebih RM17,000.

Kegiatan mereka berusia 19 dan 22 tahun itu disedari majikan selepas menjalankan audit ke atas akaun syarikat, sebelum melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mereka ditahan semalam dan direman empat hari bermula hari ini hingga Jumaat untuk siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Katanya, majikan itu mendakwa semakan audit yang dibuat mendapati hasil jualan diperoleh tidak sama dengan laporan yang dikemukakan kepadanya.

“Wanita itu mendakwa suspek perlu memasukkan wang hasil jualan setiap hari ke akaun syarikat dan menghantar rekod hasil jualan kepadanya melalui WhatsApp.

“Bagaimanapun bermula 21 Julai hingga 16 Ogos, suspek tidak berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, semakan lanjut dibuatnya dan wanita itu mendapati hasil jualan pada tempoh berkenaan melebihi RM26,000.

Katanya, dia bertanya dua suspek mengenai hasil jualan itu namun kedua-duanya memberi pelbagai alasan dan hanya menyerahkan RM8,734.

“Dua pekerja butik itu kemudian mengaku menggunakan wang jualan yang diambil secara berperingkat daripada hasil harian untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Untuk itu, beliau berkata, kedua-dua mereka direman sebelum didakwa di mahkamah.

▶️𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗿𝗼

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks