Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Bunuh 23 penghuni tahfiz: Peguam tertuduh failkan rayuan

Bunuh 23 penghuni tahfiz: Peguam tertuduh failkan rayuan

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili seorang remaja lelaki yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September 2017 lalu akan memfailkan rayuan terhadap kes tersebut.

Haijan berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan bermula hari ini dalam tempoh 14 hari dan akan mengikuti prosedur seperti yang ditetapkan mahkamah.

Ketika ditanya media reaksi anak guamnya selepas hukuman dijatuhkan terhadap remaja itu, Haijan berkata sudah tentunya sedih.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa raya Julia Ibrahim berkata, beliau amat berpuas hati dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah hari ini.

“Kita terima keputusan itu sebab kita sudah melakukan yang terbaik untuk kes ini dan Alhamdulillah hari ini selesai,” katanya kepada media.

Julia berkata, sekarang pihaknya hanya menunggu peringkat rayuan daripada pihak pembelaan.

– Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks