Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Nelayan Vietnam Ganas dan Melampau - KP APMM

Nelayan Vietnam Ganas dan Melampau – KP APMM

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som menyifatkan nelayan Vietnam sebagai melampau dan ganas.

Menerusi Twitternya sebentar tadi beliau berkata nelayan berkenaan sebagai ganas dan melampau kerana merempuh dan melempar bom petrol ke atas bot APMM.

”Ganas dan Melampau. Bot nelayan Vietnam rempuh dan lempar bom petrol ke atas bot @MYCoastGuard.

“Satu sidang media tergempar akan dibuat di Tok Bali petang ini oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan,” katanya.

Terdahulu agensi berita Bernama melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan seorang nelayan lelaki warga Vietnam maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat dipetik sebagai berkata kejadian itu berlaku pada pukul 11:40 malam tadi (16 Ogos), kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh.

“Siasatan awal polis mendapati anggota APMM yang sedang menjalankan rondaan di bawah Op Kuda Laut, telah menahan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang menceroboh perairan negara.

“Ketika bot berkenaan ditahan, berlaku provokasi menyebabkan anggota APMM berkenaan melepaskan tembakan dan terkena tubuh mangsa yang berumur kira-kira 30-an itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini (17 Ogos).

Shafien berkata tembakan yang dilepaskan oleh anggota APMM berkenaan adalah ketika bertugas dan mempunyai peruntukan undang-undangnya yang tersendiri.

Beliau berkata mayat nelayan warga asing itu telah dibawa ke darat dan sedang menunggu untuk dibedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh hari ini, manakala baki 12 nelayan asing yang berada di dalam bot berkenaan juga sedang dibawa ke darat oleh APMM ketika ini untuk siasatan lanjut.

Katanya buat sementara waktu, pihaknya menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan.

“Pihak kami masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan kes ini kerana APMM Kelantan masih belum membuat laporan polis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks