Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Bapa rogol anak sehingga hamil dipenjara 32 tahun, 20 sebatan

Bapa rogol anak sehingga hamil dipenjara 32 tahun, 20 sebatan

Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga hamil pada tahun lepas.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap juruteknik  berusia 42 tahun itu selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya yang ketika kejadian berumur 12 tahun.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara berasingan, bermula dari tarikh tangkap pada 12 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Hayat Muhamad.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks