Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Asisten Superintendan didakwa terima rasuah RM10,500

Asisten Superintendan didakwa terima rasuah RM10,500

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM10,500 dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Nazli Mohamed, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Tertuduh yang bertugas di Jabatan Cawangan Khas Bahagian Antikeganasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu didakwa menerima rasuah bagi mempercepatkan urusan membawa pulang tahanan yang berada di Syria.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berpangkat Asisten Superintenden berdepan lima pertuduhan yang dilakukan antara Mei hingga Disember 2018 di daerah Besut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 September depan.

Pendakwaan bagi kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

– Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks