Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Hiburan Artis "Ini Tak Kelakar!" - Farah Lee Kesal Keluarga Rakam Video Kanak-Kanak Kena...

“Ini Tak Kelakar!” – Farah Lee Kesal Keluarga Rakam Video Kanak-Kanak Kena Serang & Pukul Ayam Sampai Mati

Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, Farah Lee kesal dengan tindakan keluarga yang merakamkan aksi ganas seorang kanak-kanak diserang seekor ayam jantan.

Tegas Farah, situasi terbabit akan menjejaskan emosi dan meninggalkan memori buruk dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Sekali gus, akan mendatangkan kesan trauma dan dendam dalam diri kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak yang sepatutnya merasa ‘safe’ bersama parents/carers hanya direcord dan digelak-gelakkan sahaja sepanjang situasi ‘fight’ ini, trust & protection kelaut.

“Kemudian, kanak-kanak yang sepatutnya diajar tentang kasih sayang terhadap semua makhluk hanya direkod dan didiamkan sahaja sepanjang penderaan dan ‘balas dendam’ dilakukan kepada haiwan tersebut, empathy & care tak wujud.

“Ya, mungkin budak tu ‘okay’ je sekarang.

“Tapi, kalau anda tahu bagaimana otak berkembang, anda akan sedar bahawa budak itu tidak okey.

“Trauma, abusive, trust issue, dendam ; antara emosi yang bakal ditanam (jika tidak disembuhkan semula) dan disalut dengan memori-memori lain.

“Kemudian satu hari nanti, apabila perkara yang hampir seangkatan berulang, ‘luka’ tersebut akan triggered dan reaction yang sama (kadang lebih teruk) akan turut berulang dan menganggu emosi si anak ini, juga mereka disekeliling,” jelasnya.

Dalam video berkenaan juga, kanak-kanak terbabit membalas tindakan ayam yang menyerangnya dengan memukul ayam tersebut menggunakan sebatang kayu hingga mati.

Tambah Farah, kanak-kanak seharusnya dididik dengan nilai-nilai murni dan perasaan kasih sayang sesama makhluk seperti sunnah Rasulullah S.A.W.

“Jangan pelik jika masyarakat kita pendera, tiada empati, baran, pendendam jika inilah cara kita menangani situasi sebegini.

“Ikutlah juga sunnah Rasulullah dalam mendidik anak2 – bagaimana Baginda menyalut akhlak dan adab manusia kecil ini berlandaskan kasih sayang.

“Saya berkongsi video ini supaya kita belajar dan tidak mengulangi perkara yang sama.

“Saya beranggapan, yang merekod video ini tidak tahu tentang kesan diatas terhadap kanak-kanak.

“Saya nasihatkan untuk meminta maaf kepada anak tersebut dan menerangkan yang perkara memukul/melepaskan emosi sebegitu adalah tidak betul.

“Ini bukan cerita kelakar, ini adalah penderaan emosi,” tambahnya.

Perkongsian Farah itu mendapat perhatian ramai yang menyelar tindakan keluarga kanak-kanak terbabit.

– Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks