Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes UBAH CARA KERJA, PULIH EKONOMI DENGAN PANTAS - MUHYIDDIN

UBAH CARA KERJA, PULIH EKONOMI DENGAN PANTAS – MUHYIDDIN

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan penubuhan  jawatankuasa atau pasukan petugas khas untuk meneliti dan mengubah suai sistem penyampaian penjawat awam yang diguna pakai selama ini bagi pemulihan ekonomi lebih pantas, seiring dengan cabaran besar, terutamanya pasca COVID-19.

Beliau berkata, langkah itu amat penting supaya pemulihan semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19 tidak terbantut dengan karenah birokrasi.

“Jika tidak ada langkah baharu dibuat, saya takut dan bimbang urusan untuk kita memulihkan semula ekonomi negara tidak akan berlaku sepantas yang kita harapkan.

“Di hadapan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Negeri Johor,  Datuk Azmi Rohani, saya ingin usulkan supaya dibentuk satu jawatankuasa atau pasukan petugas untuk meneliti bagaimana cara yang kita guna pakai selama ini (sistem penyampaian perkhidmatan awam) dapat kita ubah suai.

“Namun pengubahsuaian yang dilakukan perlulah tanpa kompromi aturan utama dari segi kewangan. Jika tidak ada perubahan aturan kerja, kita akan gagal memulihkan ekonomi dan kesannya pada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersam Penjawat Awam Johor, di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Johor mulai hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks